MEDIA RELEASE

Title Newspaper Day Date
Kobimbing rancang jana RM6 juta untuk modal kerja Berita Harian Online Sunday 07 October 2018


Kobimbing rancang jana RM6 juta untuk modal kerja


KUALA LUMPUR: Platform Akaun Pelaburan (IAP), platform pelbagai bank patuh syariah bagi membantu syarikat, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi untuk mengumpul dana, kini sedang mengadakan kempen untuk mengumpul dana bagi penyenaraian ketiganya pada 2018.

IAP dalam satu kenyataan berkata, kempen berkenaan dijalankan selama lapan hari bermula 3 Oktober lalu bertujuan mengumpul modal kerja bagi Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Bhd (Kobimbing) sebanyak RM6 juta.

"Kobimbing berjaya menjana jumlah sama menerusi IAP bagi modal kerja dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) sebagai bank penaja."

"Bagi penyenaraian ini, RAM Solutions isu lima tahun penarafan bb3 dengan pulangan indikatif sebanyak 6.6 peratus setahun. Jumlah minimum bagi penyenaraian ini ditetapkan oleh Bank Islam pada hanya RM5,000," katanya.

Kobimbing didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 12 November 1987. Ahlinya terdiri daripada kakitangan pelbagai syarikat dalam Kumpulan BIMB Holdings Bhd.

Penyenaraian kedua Kobimbing menyaksikan kempen selama lapan hari berbanding 30 hari pada kali pertama penyenaraiannya.

IAP berkata, bagi memastikan langganan baik dalam tempoh kempen itu, IAP dan Bank Islam menyasarkan beberapa pelabur korporat di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Untuk berbaki tiga bulan tahun ini, AIP menjangkakan dua lagi penyenaraian daripada bank penaja kami."

"Syarikat dan perniagaan yang mencari pembiayaan juga boleh mengemukakan cadangan pembiayaan mereka dalam talian melalui portal IAP dan mempunyai cadangan yang telah dikemukakan kepada empat bank pada masa sama," menurut kenyataan itu.